JOM TEROKAI BUMI NEW ZEALAND

Kumpulan kecil, perjalanan selesa dengan MPV, Private & Customized, serta Pakej Perjalanan yang disesuaikan untuk setiap pengembara.

A close up of a map of a city

PETA PERJALANAN

From West to East

AUCKLAND - HAMILTON - ROTORUA - TAUPO - MATAMATA - LAKE TEKAPO - MT.COOK - QUEENSTOWN - MILFORD SOUND - DUNEDIN - CHRISCHURCH

KIA ORA

Selamat datang ke laman web Saa. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk melawat laman web ini. Kami merupakkan laman web rasmi yang mengendalikan private trip dan kumpulan kecil bagi korang yang ingin merasa sendiri pengalaman yang unik dan menakjubkan di bumi New Zealand.

Setiap perjalanan dirancang dengan teliti dari awal hingga habis trip dan memberikan maklumat, servis dan pengalaman yang terbaik kepada pelanggan kami.

Sepanjang perjalanan kita di sana, kita akan menggunakkan MPV untuk membawa peserta kami dan menjadikan pengembaraan ini lebih bermakna dan tidak dapat dilupakkan.

APA YANG MENARIK TENTANG TRIP NEW ZEALAND & SOUTH?

Trip ini direka khas untuk pelanggan yang berminat nak ke New Zealand North & South Island. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur kerana ia menawarkan aktiviti santai, budaya, alam semula jadi dan adventure yang boleh dinikmati oleh kanak-kanak, dewasa mahupun warga emas.

Trip ini jugak menawarkan pengalaman lengkap antara budaya, alam semula jadi dan pemandangan yang menarik. Di North Island, peminat dapat merasai keunikan dunia geothermal Rotorua. Manakala South Island memukau dengan gunung-ganang Alpine, tasik biru jernih, glasier, serta fjord megah seperti Milford Sound.

Perjalanan merentasi kedua-dua pulau ini memberikan kombinasi sempurna. Pengalaman travel anda lebih eksklusif dengan penggunaan MPV yang selesa serta kumpulan kecil yang mudah dikendalikan. Fleksibiliti masa membolehkan kita berhenti di lokasi menarik untuk mengambil gambar tanpa tergesa-gesa.

Sepanjang pengembaraan anda, peserta akan ditemani oleh tour leader yang berpengalaman dari Malaysia yang sentiasa bersedia membantu dan memudahkan sebarang urusan, termasuk jika berlaku kecemasan

PERJALANAN LENGKAP UNTUK TRIP NEW ZEALAND

NORTH & SOUTH SELAMA

11 HARI 8 MALAM

HARI 01: KUL ✈ AKL

Perjalanan ke New Zealand dimulakan dengan berkumpul di KLIA Terminal 1, sekurang-kurangnya 3 jam sebelum waktu berlepas bagi urusan daftar masuk, pemeriksaan keselamatan dan persediaan perjalanan.

Penerbangan kita akan berlepas dari Kuala Lumpur (KUL) ke Auckland (AKL).

HARI 02: ARRIVAL (AKL AIRPORT)

/AUCKLAND

Kita akan tiba di Lapangan Terbang Auckland (AKL). Staff akan menunggu di Balai Ketibaan (Arrival Hall), Terminal Antarabangsa, untuk menyambut kehadiran peserta.

Peserta akan dibawa menaiki MPV yang telah tersedia dan akan terus membawa ke hotel.

Hari berakhir.

HARI 03: AUCKLAND & HAMILTON

Perjalanan hari ini bermula dengan lawatan santai di Queen Street, diikuti keindahan Viaduct Harbour dan panorama bandar dari Harbour Bridge.

Seterusnya, kami ke SkyTower untuk menikmati pemandangan 360° Auckland. Perjalanan diteruskan ke Hamilton dengan lawatan ke Hamilton Gardens dan Masjid Hamilton.

Hari berakhir

HARI 04: ROTORUA & TAUPO

Hari ini perjalanan diteruskan ke Rotorua dengan lawatan ke Agrodome untuk menikmati Animal Show & Farm Tour. Seterusnya, peserta boleh memilih sama ada melawat Te Puia (geoterma & budaya Māori) atau bersantai free & easy di Rotorua Lakefront Park.

Perjalanan diteruskan ke Taupo untuk menikmati keindahan tasik sebelum kembali ke Hamilton.

Hari berakhir.

HARI 05: MATAMATA/AKL ✈ CHC

Hari ini perjalanan diteruskan ke Matamata, kawasan desa yang tenang dan menghijau. Setibanya di sana, peserta boleh memilih untuk menyertai Hobbiton Movie Set Tour atau menikmati masa free & easy mengikut keselesaan sendiri.

Seterusnya, pemindahan ke Lapangan Terbang Auckland (AKL) untuk penerbangan ke Christchurch (CHC). Setibanya di Christchurch, peserta dibawa ke hotel.

Hari berakhir.

HARI 06: LAKE TEKAPO, LAKE PUKAKI & MT. COOK

Perjalanan hari ini bermula ke Lake Tekapo untuk menikmati keindahan tasik biru berlatar pergunungan. Seterusnya, kami menuju ke Mt. Cook Village melalui pemandangan memukau Lake Pukaki.

Setibanya di sana, peserta boleh memilih trekking Hooker Valley atau menaiki helikopter untuk panorama dari udara. Perjalanan diteruskan ke Twizel untuk daftar masuk hotel.
Hari berakhir.

HARI 07: OMARAMA, LINDIS PASS & QUEENSTOWN

Hari ini bermula dengan bertolak ke High Country Salmon untuk melawat salmon hatchery, di mana anda dapat melihat sendiri proses penternakan salmon serta suasana ladang ikan yang terkenal di kawasan ini.

Sebelum meneruskan perjalanan ke Queenstown melalui pemandangan indah Lindis Pass, serta singgah di Kawarau Bungy Centre. Setibanya di Queenstown, peserta menikmati masa free & easy dengan pilihan aktiviti seperti Wakatipu Lake Cruise, Skyline Gondola atau The Luge, sebelum kembali ke hotel untuk berehat.

Hari berakhir.

HARI 08: MILFORD SOUND & TE ANAU

Hari ini perjalanan ke Milford Sound melalui laluan yang menawarkan pemandangan indah sepanjang Lake Wakatipu dan Eglinton Valley. Setibanya di sana, peserta menyertai Scenic Cruise selama 2 jam untuk menikmati fjord, air terjun dan tebing batu yang megah. Seterusnya, perjalanan diteruskan ke Te Anau dengan masa free & easy.

Hari berakhir.

HARI 09: DUNEDIN & MOERAKI

Hari ini kami menuju ke Dunedin untuk menikmati aktiviti di bandar bersejarah ini. Setibanya di sana, kita akan melawat Tunnel Beach, terkenal dengan tebing batu pasir yang menjunam ke laut dan laluan terowong ke pantai tersembunyi.

Seterusnya kami akan ke Dunedin Railway Station dan Baldwin Street. Perjalanan diteruskan ke Moeraki, singgah di Shag Point Lookout dan Koekohe Beach untuk melihat Moeraki Boulders yang unik. Seterusnya, perjalanan ke Timaru.

Hari berakhir

HARI 10: CHRISTCHURCH / CHC ✈ AKL /DEPARTURE (AKL AIRPORT)

Hari terakhir di Christchurch diisi dengan lawatan ke Christchurch Gondola, Cathedral Square, Cashel Street dan Riverside Market. Seterusnya, peserta ke Lapangan Terbang Christchurch (CHC) untuk penerbangan ke Auckland (AKL).

Aktiviti berakhir pada waktu petang sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur (KUL).
Tamatlah perjalanan New Zealand yang penuh kenangan indah.

HARI 11: AKL ✈ KUL

Ketibaan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KUL).

TAMAT

TRIP INI DIREKA UNTUK SEMUA GOLONGAN UMUR

YANG SUKA MENGEMBARA

  • Hotel bertaraf sehingga 3 bintang yang selesa

  • Kenderaan MPV 12-seater yang luas dan selesa untuk aktiviti mengambil gambar dan transfer.

  • Menggunakan MPV untuk memudahkan pergerakkan dan berhenti bila-bila masa sahaja.

  • Travel Assistant dari pihak kami sendiri.

  • Bilangan perserta kecil (7-10) orang sahaja setiap trip.

Domestic Flight:

  • Route: Auckland (AKL) to Christchurch (CHC), Return

  • Class: Economy (Jetstar, Air New Zealand)

  • Luggage: 1x 7kg Cabin (22-in) + 1x 20kg Check-In (26-in)

Ground Transport

  • Travel with MPV

  • Vehicle Usage Charges with Insurance & Fuels

  • Tolls & Parking Fees

  • Driver & Travel Assistant (A crew assigned each MPV)

Accommodations & Meals:

  • 8 Nights in Hotels (up to 3 stars) & NZ Holiday Parks

  • 8x Breakfast

Airport Transfers (as per scheduled):

  • From Auckland (AKL) Airport on Day 02 (06.00 PM)

  • To Auckland (AKL) Airport on Day 10 (07.00 PM)

Complimentary Offers:

  • Milford Sound Scenic Cruise Ticket

  • Hamilton Gardens Entrance Fee

APAKAH YANG TERMASUK DALAM GROUND KOS?

  • Lunch & Dinner

  • New Zealand ETA & IVL Fee (NZD 125 per application)

  • Travel Insurance

  • Any kind of Flight Add-Ons (Seat Fee, Meals, Comfort Kit, etc.)

  • Any kind of Gratuities & Tips to Guide, Driver & T. Assistant

  • All other items not mentioned in “Package Inclusion” above

  • Harbour Bridge & Sky Tower, Animal Show & Farm Tour, Te-Puia, Hobbiton Movie Sets Tour, Helicopter sightseeing, Lindis Pass & Kawarau Bungy Centre, Wakatipu Lake Cruise, Skyline Gondola, The Luge, Christchurch Gondol

APAKAH YANG TIDAK TERMASUK DALAM GROUND KOS?

MEMORI TERINDAH BERSAMA KAMI

Kenangan bersama client di New Zealand yang tidak dapat di lupakan

an abstract photo of a curved building with a blue sky in the background

Saya telah mengikuti trip Inspire Travel ke New Zealand North&South , Jun 2021 dan Argentina, Chile dan Mexico, Nov 2022. Saya suka mengikuti pengembaraan bersama Inspire Travel kerana merasa selamat, boleh dipercayai serta layanan yang mesra dari kakitangan Inspire Travel. Trip bersama Inspire Travel akan datang adalah je Peru, Bolivia dan The Amazon, Dis 2023.

Zauyah Mustapha

First time ikut TA Saa byk membantu dari awal hingga habis trip. Overall semua . keep it up team Saa. Kpd yg yang suka roadtrip, boleh try join trip dengan Inspire.

Syakila Ramli
★★★★★
★★★★★

APA KATA PELANGGAN KAMI

Trip New Zealand North & South memang mengagumkan! Semua tempat yang dibawa sangat cantik dan tersusun. Tour leader sangat membantu dan perjalanan sangat selesa. Sangat puas hati.

★★★★★

Perjalanan ke New Zealand North & South bersama Inspire Travel benar-benar pengalaman yang tak dapat dilupakan. Semua destinasi yang dibawa sangat memukau. Itinerari sangat well-planned dan fleksibel. Tour leader pun sangat friendly dan banyak membantu. Terima kasih kerana jadikan trip kami begitu lancar, selesa dan penuh kenangan indah.

★★★★★
Syarmimi Othman
Syakila Ramli