
PENGEMBARAAN DI BUMI PERTH & WESTERN AUSTRALIA
Kumpulan kecil, perjalanan selesa dengan MPV, Private & Customized, serta Pakej Perjalanan yang disesuaikan untuk setiap pengembara.

PETA PERJALANAN
PERTH AIRPORT - ALBANY - BUNBURY - THE PINNACLES DESSERT - WHITEMAN - PERTH AIRPORT
Trip Perth & Western Australia menawarkan pengalaman percutian yang santai dan menyenangkan dengan gabungan bandar moden serta keindahan alam semula jadi. Bandar Perth yang bersih, tenang dan tidak sesak menjadikan perjalanan lebih selesa, sesuai untuk semua peringkat umur.
Sepanjang perjalanan, peserta berpeluang melawat lokasi ikonik seperti Kings Park & Botanical Garden, Elizabeth Quay, The Bell Tower serta Blue Boat House yang terkenal sebagai spot bergambar menarik. Selain itu, pengalaman unik melihat hidupan liar Australia seperti kangaroo dan koala di Whiteman Park atau Caversham Wildlife Park pastinya menjadi kenangan istimewa.
Dengan perjalanan yang tidak terlalu jauh, pilihan makanan halal yang mudah didapati serta penerbangan terus dari Malaysia dengan perbezaan waktu yang kecil, trip ini sangat sesuai untuk percutian keluarga, pasangan dan mereka yang inginkan percutian santai tanpa kesibukan.
APA YANG MENARIK TENTANG TRIP PERTH & WESTERN AUSTRALIA
PERJALANAN LENGKAP UNTUK TRIP PERTH & WESTERN AUSTRALIA
7 HARI 4 MALAM
DAY 01 :KUL ✈ PER
Peserta di minta berada di Terminal 1, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KUL) sekurang-kurangnya 3 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan untuk urusan daftar masuk penerbangan.
Berlepas dari Kuala Lumpur (KUL) dan menaiki penerbangan menuju ke Perth (PER).


DAY 02: ARRIVAL (PER AIRPORT) / HYDEN & KATTANNING
Tiba di Lapangan Terbang Perth (PER), dan sesi Meet & Greet akan diadakan di International Arrival Hall, Terminal 1, Lapangan Terbang Perth (PER) sebelum perjalanan dimulakan.
Seterusnya, peserta akan bertolak menuju ke Hyden untuk aktiviti lawatan dan bersiar-siar, termasuk melawat Wave Rock dan Hippo’s Yawn, formasi batuan semula jadi yang unik dan terkenal.
Perjalanan kemudian diteruskan ke Katanning, sebuah kawasan yang mempunyai komuniti Cocos Melayu yang signifikan dan telah lama bertapak, di mana peserta akan melakukan aktiviti lawatan sambil mengenali sejarah serta budaya komuniti setempat.
Kemudian, peserta akan bertolak ke Albany untuk meneruskan perjalanan seterusnya.
Hari berakhir.




DAY 03: ALBANY, KING GEORGE SOUND & DENMARK
Aktiviti lawatan dan bersiar-siar di Albany dan King George Sound akan dimulakan, di mana peserta akan melawat Mount Melville Lookout Tower, Albany Visitor Centre, Brig Emity serta Albany Town Jetty sambil menikmati pemandangan sekitar dan suasana bandar pesisir pantai.
Sebagai aktiviti pilihan, peserta boleh menyertai Whale Watching Tour, hanya beroperasi dari (Mei hingga Oktober) untuk pengalaman melihat ikan paus di habitat semula jadi.
Seterusnya, peserta akan bertolak ke Denmark untuk aktiviti lawatan dan bersiar-siar, termasuk melawat Valley of the Giants Tree Top Walk yang terkenal dengan pokok-pokok gergasi, serta menerokai pekan Denmark.
Kemudian, peserta akan bertolak semula ke Albany untuk berehat.
Hari berakhir.




DAY 04: BUNBURY & FREMANTLE
Bertolak ke Bunbury untuk aktiviti lawatan dan bersiar-siar, di mana peserta akan melawat M Hill Lookout bagi menikmati pemandangan sekitar, serta memilih sama ada ke Dolphin Discovery Centre atau Koombana Park untuk aktiviti santai dan menikmati suasana pantai.
Seterusnya, peserta akan bertolak ke Fremantle untuk aktiviti lawatan dan bersiar-siar, termasuk melawat Fremantle Market yang terkenal dengan pelbagai barangan tempatan serta Fremantle Fishing Boat Harbour yang menawarkan pemandangan pelabuhan yang menarik.
Kemudian, peserta akan bertolak ke Perth untuk berehat selepas seharian perjalanan.
Hari berakhir.




DAY 05: THE PINNACLES DESERT & LANCELIN
Bertolak ke The Pinnacles Desert untuk aktiviti lawatan dan bersiar-siar, di mana peserta akan menikmati pemandangan formasi batu kapur yang unik dan suasana padang pasir yang menakjubkan.
Seterusnya, peserta akan bertolak ke Lancelin Sand Dunes untuk aktiviti lawatan dan bersiar-siar sambil merasai pengalaman di kawasan bukit pasir yang luas dan menarik.
Kemudian, peserta akan bertolak ke kawasan Joondalup bagi menyertai aktiviti memetik buah-buahan, menikmati suasana ladang yang santai dan segar.
Selepas itu, peserta akan bertolak semula ke Perth untuk berehat.
Hari berakhir.


DAY 06: PERTH & WHITEMAN PARK / DEPARTURE (PER AIRPORT)
Aktiviti lawatan dan bersiar-siar di Perth akan dimulakan, termasuk melawat Blue Boat House, Kings Park & Botanical Garden, Elizabeth Quay dan The Bell Tower, di mana peserta dapat menikmati pemandangan bandar dan keindahan taman yang menakjubkan.
Seterusnya, peserta akan bertolak ke Whiteman Park untuk aktiviti lawatan dan bersiar-siar, sambil menikmati kawasan rekreasi yang luas. Sebagai aktiviti pilihan, peserta boleh menyertai lawatan ke Caversham Wildlife Park untuk melihat haiwan liar dan interaktif dengan hidupan semula jadi.
Kemudian, peserta akan bertolak ke Lapangan Terbang Perth (PER). Peserta diminta untuk daftar masuk penerbangan sekurang-kurangnya 3 jam sebelum waktu berlepas. Akhirnya, peserta akan berlepas dari Perth (PER) dan menaiki penerbangan menuju ke Kuala Lumpur (KUL).




DAY 07: PER ✈ KUL
Ketibaan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KUL).
TAMAT
TRIP INI DIREKA UNTUK SEMUA GOLONGAN UMUR
YANG SUKA MENGEMBARA
Hotel bertaraf sehingga 3 bintang yang selesa
Kenderaan MPV 12-seater yang luas dan selesa untuk aktiviti mengambil gambar dan transfer.
Menggunakan MPV untuk memudahkan pergerakkan dan berhenti bila-bila masa sahaja.
Travel Assistant dari pihak kami sendiri.
Bilangan perserta kecil (9-10) orang sahaja setiap trip.
FLIGHT INCLUSIVE
Return International Flights (Economy Class) ex. KUL w/ Meals
(4+ Hours Flight) & Luggage (1x 7kg Cabin + 1x 15kg Check-In)
All Ground Only Package Items
Ground Transport
Travel with MPV
● Vehicle Usage Charges with Insurance & Fuels
● Tolls & Parking Fees
● Driver & Travel Assistant (A crew assigned each vehicle)
Accommodations & Meals:
4 Nights in Hotels (up to 3 stars)
4x Breakfast
Airport Transfers (as per scheduled):
From Perth (PER) Airport on Day 02 (08.00 AM)
● To Perth (PER) Airport on Day 06 (06.00 PM)
Complimentary Offers:
Wave Rock & Hippo’s Yawn Entrance Fee
● Pinnacles Desert Entrance Fee
● Lancelin Sand Dunes Entrance Fee
● Whiteman Park Entrance Fee
Lunch & Dinner
Australia ETA (AUD 30 per application)
Travel Insurance
Any kind of Flight Add-Ons (Seat Fee, Meals, Comfort Kit, etc.)
Any kind of Gratuities & Tips to Guide, Driver & T. Assistant
All other items not mentioned in “Package Inclusion” above.
Brig Emity, Whale Watching Tour, the Giants Tree Top Walk, Dolphin Discovery Centre, Caversham Wildlife Park.
APAKAH YANG TERMASUK DALAM GROUND KOS?
APAKAH YANG TIDAK TERMASUK DALAM GROUND KOS?
MEMORI TERINDAH BERSAMA KAMI.














Memang best trip Perth ni! Tak rushing, tempat cantik-cantik dan senang nak bergambar. Anak-anak pun seronok jumpa kangaroo. Highly recommended
Dhiya Nadhirah
Trip Perth & Western Australia sangat sesuai untuk keluarga. Perjalanan tidak penat, makanan mudah didapati dan tempat lawatan sangat menarik. Kenangan yang tak akan dilupakan
Zakaria Mohd
★★★★★
★★★★★
Trip yang sangat selesa dan santai. Tempat cantik, itinerary teratur dan sesuai untuk semua peringkat umur.”
Suraya Nabila
★★★★★
ANDA BERMINAT?
Hubungi melalui medium di bawah untuk info lanjut.
Hak Cipta Terpelihara © 2025 Inspire Travel Malaysia.
TEMUI KAMI
3-2, Jalan Seri Rejang 1,
Taman Sri Rampai,
53300 Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
Dimiliki oleh Insipre Travel Malaysia Sdn.Bhd (1244202-K)
Lesen Kementerian Pelancongan : KPL/LN: 10450
LOKASI KAMI
Email : halimatus.inspire@gmail.com
Phone Number : 011-10849100 (Saa)
Office Number : 03-41419419
Office Email : hello@myinspiretravel.com